Sunday 9 March 2014

Pray for MH370

   Assalamualaikum sahabat2 semua..sabtu lepas kite di kejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370..sehingga ke hari ini tiada berita mengenainya..aku rase sedih sangat..sepatutnya pesawat tu sampai ke beijing pada pukul 6.30 pagi..tapi taliannye terputus dengan pusat kawalan dari subang kira2 pukul 2.40 pagi..pesawat ini memuatkan seramai 227 penumpang..pagi tadi tanya kawan, then dorang cakap pesawat masih belum di jumpai..ke mana hilangnya pesawat tu? tiba2 aku teringat mengenai kisah helikopter terhempas Bario, sarawak tahun 2004..hari ke-3 hilang helikopter, skylab offer untuk membantu mencari mangsa menggunakan kaedah islam tapi kerajaan menolak..hari ke-8 skylab mula campur tangan jugak sebab di persetujui oleh ketua menteri sarawak yang mendengar dari sumber yang dipercayai bahawa heikopter telah ditutup oleh setebal2 lapisan sehingga tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia dan hanya boleh dibuka dengan bantuan mereka yang bersembahyang dan dekat dengan ALLAH..

   bila helikopter itu di jumpai, ada tulisan di dinding helikopter, "mengapa lambat selamatkan kami"? moral of the story, mungkin kite boleh menggunakan teknologi canggih dan berdoa agar mereka di jumpai..manusia hanya mampu merancang, di atas yang menentukan segalanya.. harap2 semuanya dalam keadaan yang selamat..bersama2 lah kita mendoakan agar penumpang2 tu selamat tak kira bangsa dan agama.. kepada ahli keluar dan sahabat mangsa, harap bersabar dan berdoalah agar mereka di jumpai dalam keadaan yang selamat..PRAY FOR MH370..


No comments:

Post a Comment